Jangan boikot membabi buta – Ustaz Don (Video)
Jangan boikot membabi buta – Ustaz Don (Video)
Pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal memberi pendapat berhubung tindakan segelintir individu yang memboikot barangan dari Israel sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh sebuah stesen radio, Ustaz Don menerangkan bahawa tindakan boikot pernah dilakukan oleh nabi namun dilakukan dengan penuh hikmah iaitu dengan tujuan untuk memberi iktibar.
Dalam Islam ada boikot. Nabi ada boikot sahabat nabi yang tak turun perang, jadi memang ada perbuatan boikot.
Bila kita nak boikot buatlah mengikut perintah Ulul Amri, maksudnya jangan boikot membabi buta. Boikot ini bersasar, ada tujuan dan matlamat.
Nabi buat dengan para sahabat untuk memberi pengajaran, bukan untuk membinasakan seseorang.
Menurut Ustaz Don, kesan tindakan memboikot tanpa ilmu boleh menyebabkan segelintir pekerja disyarikat yang didakwa dari Israel kehilangan mata pencarian mereka.
Hari ini ramai orang cakap tentang makanan segera dan banyak berlaku kepada kawan-kawan kita yang bekerja di kedai makanan segera kena berhenti kerja dan sebagainya.
Ia bukan satu benda yang senang bagi seseorang yang kerja dan menanggung keluarga, balik rumah beritahu yang dia telah dibuang kerja.
Dalam pada itu, pendakwah tersebut menyoal tindakan segelintir individu yang hanya memboikot beberapa syarikat makanan segera sedangkan banyak lagi jenama-jenama yang berasal dari Israel.
Kenapa orang hanya tuju kepada makanan segara semata-mata? Kenapa syarikat-syarikat yang daripada Israel sendiri kita tak pernah bincang pun? Tak pernah pun orang suruh mereka letak jawatan.
Seolah-olah pada saya nampak berat sebelah. Orang yang berjawatan besar, berkuasa dan mempunyai syarikat tiada siapa pun nak boikot.
Sebaliknya, rakyat marhean yang kita boleh ‘titik’, kita ‘titik’ sampai teruk kehidupan dia. Kita semua maklum di negara kita, cawangannya dimiliki oleh orang Islam sendiri, dijaga dan tidak diberikan langsung sumbangan dan sebagainya (kepada Israel). Perkara itu dimaklumkan setiap tahun kepada kita, tapi masih juga ada orang buat (boikot).
Sementara itu, Ustaz Don juga mentitipkan nasihat agar setiap individu perlu ambil tahu tentang maklumat berkenaan jenama-jenama tersebut terlebih dahulu sebelum memboikot.
Jangan boikot sewenang-wenangnya kerana kita akan membinasakan institusi kekeluargaan seseorang. Berjuang mesti ada arah tuju dan berpandu.
Bukan makanan segera sahaja yang datang dari Israel, banyak lagi syarikat yang besar yang berasaskan Israel.
Ambil dengan berhikmah, fikir sebagai seorang yang matang dan tengok apa yang terjadi.
Sumber: TikTok
Jangan boikot membabi buta – Ustaz Don (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin