Konflik Palestin-Israel: Jenazah pemuda berbau kasturi [VIDEO]
Jenazah seorang pemuda Palestin yang masih memegang tasbih ketika ditemui selepas serangan rejim Zionis dikesan berbau haruman kasturi.
Perkara itu dikongsikan oleh Cinta Syria Malaysia menerusi satu video di laman X, dan turut memaklumkan bahawa arwah Mustafa Samil merupakan ahli masjid.
“Demi Allah. Saya saksi dia seorang ahli masjid. Setiap kali waktu solat, sebelum azan yang kedua, dia yang terawal hadir ke masjid.
“Dialah yang mengajak seluruh penduduk kejiranan untuk solat berjemaah. Dia turut menghubungi saya untuk menunaikan solat,” kongsinya.
Tambahnya, arwah sebelum ini akan bersedih jika ada sahabat dan jiran tetangga tidak hadir ke masjid untuk solat bersama-sama.
“Dia juga sentiasa melazimi solat lima waktu di masjid. Oleh sebab itu, kita dapat bau kasturi daripada tubuhnya. Semoga Allah mengangkat darjatnya ke tempat tertinggi,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna menginginkan pengakhiran yang baik seperti dialami jenazah.
“Masya-Allah, inilah kematian yang sangat diidam-idamkan oleh banyak orang. Kembali menghadap Allah dengan sebaik-baik amal,” komen Nana.
“Usaha dan amalnya sebesar-besar alam, pengakhiran di dunia pun secantik-cantik akhir. Al-fatihah buat para syahid,” kata seorang pengguna laman sosial.
Seorang lagi pengguna laman sosial meninggalkan komen berbentuk puisi.
“Rehatlah para syuhada, anda yang dicemburui segenap umat manusia ketika ini. Gugur tatkala pertahankan pertiwi bangsa agama.
“Rehatlah para syuhada, ketika Allah memanggilmu disaat bumi Palestin dihujani darah dan air mata, aku tahu, kamu sudah bersedia utk agamamu.
“Rehatlah para syuhada, lahirmu bukti Palestin takkan mati, matimu bukti Palestin selamanya dihati,” tulis Lapoca di ruangan komen.
Dilihat dapat video tersebut, jenazah tersebut dikerumi ramai orang yang mengenalinya ketika dia masih hidup. – KOSMO! ONLINE
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris