Israel memperhebatkan pengeboman di sekitar hospital

Israel memperhebatkan pengeboman di sekitar hospital

Kerajaan Hamas di Gaza mendakwa tentera Israel memperhebatkan pengeboman menyasarkan beberapa hospital di utara Semenanjung Gaza petang semalam, sejurus selepas telekomunikasi dimatikan.

“Selama lebih sejam, pengeboman hebat berlaku beberapa kawasan sekitar hospital,” kata Ketua Pejabat Media Kerajaan Hamas, Salama Marouf.



Menurutnya, kawasan sekitar hospital terbesar wilayah Palestin, Al-Shifa, menjadi sasaran serangan pengeboman bertubi-tubi.

Pengeboman itu dilakukan selepas regim Zionis itu sekali lagi mendakwa Hamas menggunakan hospital dalam kempen ketenteraan mereka terhadap tentera Israel.

“Hamas meletakkan pasukan dan senjata di dalam, di bawah dan di sekitar sekolah, masjid, rumah serta kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, kepada pemberita.

Menerusi sidang akhbar itu, Hagari memaparkan imej yang dikatakannya menunjukkan pejuang Hamas melepaskan tembakan dari hospital Gaza dan satu lagi menunjukkan tapak pelancaran peluru berpandu yang hanya terletak kira-kira 75 meter dari hospital.



“Antara jenayah perang yang paling teruk dilakukan Hamas ialah menggunakan hospital untuk menyembunyikan infrastruktur keganasan mereka,” katanya.

Hamas bagaimanapun berulang kali menafikan dakwaan itu dan awal pagi semalam mengatakan pihaknya terbuka untuk membenarkan pemantau antarabangsa memeriksa hospital untuk mengesan tanda-tanda penggunaan oleh pejuang.

Israel tidak henti-henti menyerang Semenanjung Gaza yang terkepung sepenuhnya dalam pertempurannya untuk memusnahkan Hamas, hingga serangan itu meratakan seluruh blok bandar dan membunuh lebih 9,700 orang.

Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.



Serangan ke atas Gaza berlaku selepas pejuang Hamas menyerbu sempadan pada 7 Oktober dan membunuh 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, kata pihak berkuasa Israel. BH

Israel memperhebatkan pengeboman di sekitar hospital

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker