Turkiye putus hubungan dengan Netanyahu

Turkiye putus hubungan dengan Netanyahu

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini mengesahkan hubungan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu putus akibat tindakan Israel di Gaza.

“Netanyahu bukan lagi orang yang boleh kami berbincang. Dia sudah tiada kena mengena,” lapor media Turkiye memetik Erdogan.

Kenyataan Erdogan dibuat seminggu selepas Israel berkata, mereka ‘menilai semula’ hubungannya dengan Ankara disebabkan retorik Turkiye yang semakin hangat mengenai perang Israel-Pelestin.

Israel sebelum ini memanggil balik semua diplomat dari Turkiye dan negara serantau lain sebagai langkah keselamatan.

Tentera zionis ketika ini mengepung bandar terbesar di Gaza, cuba untuk menghancurkan Hamas sebagai tindakan balas terhadap serbuan 7 Oktober ke Israel.

Kementerian kesihatan di Gaza, yang dikendalikan oleh Hamas, berkata lebih 9,400 penduduk Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh sejak serangan Israel dan langkah ketenteraan darat yang semakin sengit.

Erdogan hari ini berkata, bahawa Turkiye bagaimanapun tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

“Memutuskan hubungan sepenuhnya tidak mungkin, terutamanya dalam diplomasi antarabangsa,” kata Erdogan.

Beliau berkata, ketua agensi perisikan MIT, Ibrahim Kalin sedang menerajui usaha Turkiye untuk mencuba dan menjadi pengantara bagi menamatkan perang.

“Ibrahim Kalin bercakap dengan pihak Israel. Sudah tentu, dia juga sedang berunding dengan Palestin dan Hamas,” kata Erdogan.

Namun beliau berkata, Netanyahu memikul tanggungjawab utama untuk keganasan dan ‘sudah kehilangan sokongan rakyatnya sendiri’.

“Apa yang dia perlu lakukan ialah berundur dan hentikan perkara ini,” kata Erdogan. BH

Turkiye putus hubungan dengan Netanyahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker