Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara

Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara

Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke penjara untuk bertemu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara .

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata urusan itu mematuhi Peraturan-Peraturan Penjara 2000 selain beliau mengesahkan ada dimaklumkan mengenai lawatan itu oleh Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad.



Walaupun dimaklumkan mengenai urusan itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak mencampuri sebarang proses atau urusan lawatan berkenaan kerana ia dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Penjara.

“Saya nak sebut bahawa Peraturan-Peraturan Penjara 2000 Bahagian 10 di bawah perkara surat dan lawatan kepada banduan.

“Ada bahagian 10 itu, ada satu peraturan. Peraturan itu adalah Peraturan 86. Ia memperuntukkan kuasa kepada kecuali dengan kebenaran khas yang dipakai selama ini, adalah oleh Ketua Pengarah Penjara.

“Bunyinya begini, perhubungan antara banduan dengan saudara-mara dan rakan-rakan mereka hendaklah dibenarkan mengikut bahagian ini.



“Ia juga tertakluk kepada apa-apa sekatan yang perlu bagi mengekalkan tatatertib dan ketenteraman dalam penjara dan pencegahan jenayah serta tiada seorang lain pun boleh dibenarkan berhubung dengan seorang banduan, kecuali dengan kebenaran khas. Itu prosesnya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pertemuan empat mata sambil menikmati pelbagai makanan yang dibawa, berlangsung di antara Ahmad Zahid dan Najib itu didedahkan sendiri Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. BH

Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker