30 golongan yang dianggap syahid

30 golongan yang dianggap syahid

Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda ketika ditanya berkenaan dengan roh para syuhada,

“Arwah-arwah mereka berada dalam perut burung-burung hijau. Arwah dan burung tersebut memilih tempat singgah yang berbentuk seperti qanaadil (pelita) yang tergantung di Arays.



Burung-burung itu terbang bebas sesukanya di dalam syurga. Kemudian mereka mendatangi qanaadil tersebut. Kemudian Rabb mereka menyaksikan mereka dan berkata,

“Apakah kalian menginginkan sesuatu?” Mereka menjawab,

“Apalagi yang kami inginkan, sementara kami bebas terbang sesuka kami di dalam Syurga.”

Allah menanyakan itu sebanyak tiga kali. Ketika mereka sedar bahawa mereka tidak dibiarkan dan terus ditanya, maka mereka berkata,



“Ya Rabbi, kami ingin Engkau mengembalikan roh-roh kami ke jasad-jasad kami hingga kami bisa terbunuh di jalan Mu sekali lagi.”

Ketika Allah mengetahui bahawa mereka tidak punya keinginan apa pun, maka mereka dibiarkan.” (HR Muslim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, jelas sekali terlalu besar ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada orang Islam yang mati di jalan Nya, sehingga memohon daripada Allah untuk kembali berjuang meskipun telah berada di syurga.

Hadis di atas juga menerangkan tentang hidupanya roh para syuhada di sisi Allah walaupun jasadnya telah terbunuh sepertimana firman Nya dalam surah Al Imran: 169,



“Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia yang diberikan oleh Allah.”

Persoalannya, mampukah kita yang hidup di bumi Malaysia yang aman damai ini berada di dalam perut burung hijau yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itu tadi?

Sedangkan kita tidak berpeluang mengangkat senjata bagi mendapatkan pahala syahid sepertimana negara-negara yang sedang bergolak dengan tentera kafir seperti Palestin dan Syria.

Apa pun Mohamad Faisal Kamis, Pensyarah Jabatan Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi, meleraikan persoalan tersebut. Ujarnya,



Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Bahkan Allah Maha Mengetahui bahawa keinginan untuk syahid sememangnya menjadi impian setiap umat Islam.

Justeru, pesannya jangan kita menyempitkan fikiran dengan menyatakan mati syahid itu hanya dengan mengangkat senjata menentang kekejaman dari kafir sahaja, tetapi ruangnya sangat luas.

Tambahnya, sesiapa sahaja yang bergelar Muslim berpotensi untuk mati syahid dan mendapat pahala seperti yang disediakan kepada para syuhada.

30 golongan syahid



Ianya diberitahu berdasarkan pendapat Imam Hanafi yang menyatakan sebanyak 28 golongan mendapat syahid akhirat, manakala Imam Sayuthi pula menggenapkan 30 orang.

Mereka ialah mengidap jangkitan wabak kusta, sakit perut, orang yang sakit paru-paru, orang yang sabar dengan kustanya, tenggelam, terbakar, seseorang meninggal kerana tertimbus, dan orang yang cacat wajahnya.

Selain itu, Muslim yang meninggal dunia disebabkan terjatuh dari puncak gunung bukan kerana perlakuan orang kafir, orang yang sedang nifas (wanita), orang dalam keadaan junub, mangsa binatang buas, orang yang terjatuh dari tunggangannya, orang yang disengat.

Orang yang meninggal di jalan Allah seperti meninggal ketika menunaikan haji, orang yang meninggal kerana menuntut ilmu, orang yang mencari kesyahidan dengan niat jujur, meninggal penjaga perbatasan, orang-orang yang meyakini Allah S.W.T, orang gila juga tergolong dalam para syuhada di sisi Allah



Tidak ketinggalan juga orang yang membela agama, orang yang membela darahnya (mempertahankan diri) dari kemudaratan, orang yang membela hartanya, orang yang membela keluarganya, orang yang dizalimi, pengembara, orang yang mencintai jika menjaga harga diri dan menutupi perasaannya.

Orang yang meninggal pada malam Jumaat, orang yang keluar dari medan peperangan dalam keadaan masih hidup atau orang yang masih boleh makan, minum, tidur atau diubati setelah ditusuk, dan orang yang masih tetap hidup sampai waktu solat.

Kesemua 30 golongan yang disebut di atas adalah golongan yang akan mendapat pahala syahid sepertimana para syuhada menerimanya. Ruang dan peluang yang disediakan oleh Allah taala kepada kita semua sebagai umat akhir zaman ini adalah sebagai tanda kasih dan cintanya Allah kepada hamba Nya.

Jadi, sebagai seorang manusia dan hamba kepada Pencipta, seharusnya kita memanfaatkan peluang ini sebaiknya agar dapat bertemu dengan Nya kelak dalam keadaan yang paling baik. Wallahu a’lam

30 golongan yang dianggap syahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker