Bekas CEO didakwa tipu beli dua kenderaan 4×4

Bekas CEO didakwa tipu beli dua kenderaan 4×4

MELAKA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan utama dan pilihan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.



Mengikut pertuduhan utama, tertuduh telah menggunakan dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya suatu dokumen iaitu satu Surat Pernilaian Harga Bagi Kenderaan Milik Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd.

Surat itu adalah berkenaan penilaian harga semasa bagi kedua-dua kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka dengan nilaian RM36,000 bagi Toyota Fortuna 4WD dan RM20,000 bagi Toyota Hilux.

Prinsipal tertuduh, Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd mempunyai kepentingan mengenainya yang mengandungi butir matan yang palsu iaitu mengenai pelupusan dan pertukaran hak milik kenderaan kepada tertuduh selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah di syarikat itu.

Perbuatan itu dilakukan pada April 2021 di pejabat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd yang mana sebenarnya surat penilaian harga semasa bagi kedua-dua kenderaan oleh JKR Melaka adalah RM50,000 bagi Toyota Fortuner dan RM35,000.00 bagi Toyota Hilux.



Tindakan itu dalam pengetahuan tertuduh yang bermaksud untuk mengelirukan prinsipalnya yang akhirnya memberi faedah kepadanya membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Akta yang sama kerana tidak jujur menggunakan sebagai tulen dokumen berkenaan.



Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan antara RM10,000 hingga RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan, selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri sekali sebulan di pejabat SPRM Melaka.

Peguam yang mewakili tertuduh, peguam Azrul Zulkifli Stork bagaimanapun merayu jaminan RM6,000 kerana tertuduh berusia 46 tahun tidak bekerja selepas diberhentikan, perlu menanggung isteri dan empat anak masih bersekolah selain mengidap penyakit kencing manis dan hati.

Hakim kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dan syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Disember ini. MG



Bekas CEO didakwa tipu beli dua kenderaan 4×4

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker