Zionis ceroboh ‘Garis Merah Al-Aqsa’ cetus amuk tentera Palestin

Zionis ceroboh ‘Garis Merah Al-Aqsa’ cetus amuk tentera Palestin

Oleh Prof Madya Dr Rohaiza Rokis dan Dr Iyad M Eid

Pada 2023, Zionis dengan majoriti peneroka agama di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu dipilih sebagai parti fasis memerintah di Israel. Kerajaan ini secara terbuka menyokong pemindahan semua rakyat Palestin di luar Palestin.

Penceroboh Zionis juga dilengkapi senjata untuk menyerang dan membunuh orang awam Palestin, menghukum mati tahanan Palestin, membina penempatan baharu di Tebing Barat dan memulakan pemusnahan Masjidil Aqsa demi mendirikan kuil Zionis mereka.

Justeru, amaran keras disampaikan kepada Israel bahawa sebarang percubaan menceroboh Masjidil Aqsa akan membawa kepada konflik besar di Asia Barat, bukan hanya di Palestin.

Tanggal 7 Oktober 2023 menyaksikan pejuang pakatan tentera Palestin memulakan tindakan balas ketenteraan dengan menembak roket terhadap tentera Zionis selepas berkali-kali memberi amaran kepada Israel supaya tidak melepasi Garis Merah Al-Aqsa.

Bagi Palestin, garisan merah itu simbolik sempadan zon kawasan Al-Aqsa termasuk Baitulmaqdis, Masjidil Aqsa, masjid lain di sekitarnya serta penempatan asal penduduk Palestin. Mereka tidak menghalalkan sebarang tindakan pembangunan di dalam kawasan Al-Aqsa. Namun, Israel terus mencabar dengan memulakan kempen agresif.

Operasi Tufan al-Aqsa

Menceroboh Garis Merah Al-Aqsa adalah ‘pantang’ bagi Palestin. Pejuang Hamas berserta rakyat Palestin tidak mempunyai alternatif, selain memulakan kempen ketenteraan dipanggil Tufan al-Aqsa untuk menentang rancangan Israel.

Amuk adalah satu terma sosiolinguistik dan tindakan sosial berasal dari Tanah Melayu. Ia menggambarkan ledakan tindak balas secara luar jangkaan. Sekarang, istilah ini melangkaui sempadan budaya.

Dari perspektif sosiologi, fenomena amuk berpunca daripada pelbagai faktor pengasingan sosial, rasa terasing daripada kehidupan bermasyarakat. Apabila individu tidak lagi dapat berintegrasi dalam norma sosial, mereka bertindak secara amuk, sebagai cara untuk mendapatkan semula identiti dan tujuan hidup mereka. Begitu halnya yang berlaku kepada rakyat Palestin.

Natijahnya, Zionis tidak sepatutnya melanggar Garis Merah Al-Aqsa. Bedilan roket pada 7 Oktober adalah tindakan amuk dianggap wajar. Pejuang pakatan tentera Palestin melepaskan beribu-ribu roket ke arah bandar Israel, menembusi sempadan dan menghantar militan jauh ke wilayah Israel.

Operasi Tufan al-Aqsa adalah tindakan balas bagi menyatakan pendirian jelas mereka ke atas pencerobohan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis dan pengepungan berterusan ke atas Gaza. Semangat patriotik bercambah, harapan jihad bertambah mekar.

Sejak Perang Arab-Israel 1948, Israel belum pernah menghadapi serangan dalam taktik skala kritikal sebegini daripada Palestin. Sekarang, pertempuran berlaku dalam wilayah Israel. Ia meragut banyak nyawa orang awam, wanita dan kanak-kanak kedua-dua belah pihak.

Ia memberikan satu kejutan ketara kepada Israel. Pemimpin mereka merayu kepada pemimpin Arab dan Amerika Syarikat (AS) untuk mengambil bahagian dan menamatkannya. Suatu penamatan diharap berpihak kepada mereka. Namun, rakyat Palestin sangat positif menyatakan kemenangan berada di pihak mereka.

Bagi rakyat Palestin, amuk adalah langkah menzahirkan kekecewaan mereka. Ia tindak balas penentangan terhadap Zionisme bagi menggambarkan penderitaan mendalam, kekecewaan dan putus asa dialami dalam menghadapi konflik berpanjangan.

Sokongan antarabangsa, persefahaman dan empati adalah penting dalam menyelesaikan penyelesaian yang adil dan berkekalan kepada perang Palestin-Israel bagi memastikan masa depan aman.

Setiap manusia rasional mungkin akan mengamuk jika hal sama berlaku ke atas diri dan keluarga mereka. Sesungguhnya penderitaan dialami rakyat Palestin sungguh memeritkan dan memberi kesan kepada banyak pihak, termasuk Muslim di negara ini. BH

Penulis adalah Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi AbdulHamid AbuSulayman, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Zionis ceroboh ‘Garis Merah Al-Aqsa’ cetus amuk tentera Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker