Permintaan yogurt Melayu semakin tinggi

Permintaan yogurt Melayu semakin tinggi

HULU TERENGGANU: “Jika saya tak buat, mungkin tiada lagi yang dapat merasa,” kata Zakaria Ideris, 65, dari Kampung Peris, Ajil di sini mengenai usahanya mengeluarkan dadih daripada susu kerbau.

Menurutnya, tradisi mengeluarkan makanan tradisional itu terhenti selepas ramai pembuat makanan itu di daerah ini meninggal dunia dan tiada generasi pelapis meneruskannya.



“Saya sendiri baru 15 tahun terbabit buat susu masam atau ‘Yogurt Melayu’ ini. Dahulu, saya hanya menternak kerbau.

“Melalui lima ekor kerbau betina yang diternak, saya mampu menghasilkan susu masam secara kosisten setiap hari,” katanya ketika ditemui.

Dia yang lebih dikenali Pok Ya berkata mampu mengeluarkan lima hingga 10 kilogram susu masam seminggu melalui kaedah perahan susu kerbau secara manual.

“Sejak tular video proses membuat dan cara makan susu masam di media sosial, permintaan semakin tinggi. Terbaru, pelanggan dari Kuala Lumpur juga datang membeli dengan jumlah yang banyak untuk dijual di ibu kota.



“Sekarang permintaan susu masam melebihi penawaran sehingga harganya juga meningkat daripada RM12 ke RM15 sebatang,” katanya.

Proses pembuatan susu masam sangat cerewet dan dijalankan dengan teliti. Ini supaya susu kerbau dalam buluh dan diperam selama tiga hari beku dengan baik sebelum dimakan.

Pok Ya berkata, dia sedang melatih anak-anaknya membuat susu masam bagi memastikan makanan warisan nenek moyang itu terus diminati dan boleh dinikmati generasi akan datang. BH

Permintaan yogurt Melayu semakin tinggi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker