Jessi insaf, tunai umrah sebagai lelaki

SEORANG lelaki yang berperawatakan wanita mengerjakan umrah di Mekah baru-baru ii. – Foto TikTok

Seorang lelaki transgender yang memiliki wajah dan suara mirip wanita mengerjakan ibadah umrah di kota suci Mekah, lapor portal berita Tribun News Bogor hari ini.

Ketika mengerjakan ibadah itu, dia  bertaubat dan memanjatkan doa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk menjadi lelaki sejati.

Walaupun mempunyai penampilan seperti wanita, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Jessi Rinrada tetap mengerjakan  ibadah umrah sebagai seorang lelaki.

Bagaimanapun, dia menempuh pelbagai ujian seperti ditahan beberapa kali oleh askar-askar Arab Saudi ketika melawat Masjid Nabawi di Madinah.



“Ditahan berkali-kali kerana saya selalu dicurigai,” katanya.

Namun, lelaki tersebut berkata, dia ikhlas mengerjakan umrah dan berharap ibadatnya itu diterima oleh Allah.

Dia pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama ibu bapanya pada 14 Oktober lalu dan telah kembali ke tanah air pada 22 Oktober lepas. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker