Dua gol Naaveennash pastikan skuad hoki remaja negara ke final SOJC
Dua gol Naaveennash pastikan skuad hoki remaja negara ke final SOJC

Johor Bahru: Skuad remaja kebangsaan layak ke final selepas membenam Pakistan 3-2 dalam aksi penuh debaran pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, malam ini.
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin melonjak ke tangga teratas kumpulan dan memintas Pakistan yang berada di tangga kedua.
Malah, pada aksi terakhir Young Tigers berdepan Kanada, Jumaat ini perlu mengekalkan kemenangan bagi menamatkan saingan tanpa kalah.
Walaupun skuad negara mengasak lebih awal, Pakistan beroleh peluang keemasan berada di depan apabila dihadiahkan penalti stroke pada minit ke-11.
Namun penjaga gol Young Tigers, Mohammas Adib Amysar Hairul Mizan bertindak cemerlang menampan bola tolakan Waleed Rana.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin
- ‘Kita Geng Biru’ Gegar Melaka, BN Sedia Perkukuh Khidmat
- Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan
MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul
Young Tigers akhirnya merobek gawang anak didik Sameer Hussain pada minit ke-21 di suku kedua selepas bola tolakan Adam Asyraf Johari dikawal T Naaveennash Panicker yang memperdaya penjaga gol, Ahsan Mahmood sebelum melakukan pukulan kilas ke penjuru kanan gol.
Anak didik Sameer memperoleh gol penyamaan pada minit ke-36 selepas bola tolakan Muhammad Yahya Najeeb membuka ruang Adeel yang melakukan pukulan kilas untuk mengikat kedudukan 1-1.
Kesilapan Eswaran George yang gagal menampan kemas bola pukulan Ullah Saif dari luar kawasan D pada minit ke-43 memudahkan tugas Adeel untuk mencetak gol kedua peribadi dan Pakistan.
Pakistan terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-51 suku keempat selepas Waleed dilayangkan kad merah oleh pengadil dari China, Ren Tianhe kerana mengasari pemain Young Tigers dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk menyamakan jaringan pada minit ke-55 hasil gol padang Safwan Salihe.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
- UMNO Putatan Utama Kesejahteraan Penduduk, Cadang Langkah Mitigasi Banjir Kilat
- Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua
Ketika aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan Naaveennash mencetak gol kedua peribadi apabila melakukan pukulan kilas menewaskan Ahsan bagi memastikan kemenangan 3-2 milik Malaysia.
Sementara itu, Jepun kembali menemui sentuhan kemenangan selepas menewaskan China 4-1 hasil dua gol pukulan sudut penalti Shogo Sasaki pada minit ke-27 suku kedua babak pertama dan minit ke-50.
Dua gol Naaveennash pastikan skuad hoki remaja negara ke final SOJC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
You must be logged in to post a comment.