Lelaki tetak kekasih gelap isteri guna sabit

Seorang lelaki di Pamekasan, wilayah Jawa Timur menetak teman lelaki isterinya menggunakan sabit selepas menangkap kedua-dua mereka berdua-duaan di dalam bilik, lapor portal berita Okezone hari ini.

Suspek yang hanya dikenali sebagai R, 38, bertindak demikian kerana berang apabila isterinya berlaku curang.

“Sejurus mendapati isterinya bersama mangsa di dalam bilik, suspek menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.



“Mangsa pada awalnya sempat melarikan diri,” kata Ketua Polis Pamekasan, Asisten Komisioner Besar Polis Satria Permana.

Namun, suspek kemudian mengejar mangsa sehingga dia akhirnya menetak mangsa menggunakan sabit.

Ia mengenai bahagian punggung serta paha mangsa sebelum lelaki itu rebah dan berlumuran darah lalu meninggal dunia.

“Pelaku bertindak demikian kerana berang mengetahui isterinya dan mangsa berdua-duaan di dalam bilik,” kata Satria.



Suspek kemudian diberkas polis selain beberapa barang bukti turut dirampas seperti baju yang mempunyai darah mangsa serta sabit yang digunakan suspek. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker