Terjatuh dalam tali air, warga emas OKU ditemukan lemas
Terjatuh dalam tali air, warga emas OKU ditemukan lemas

IPOH: Seorang lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari kerusi rodanya ke dalam tali air di Jalan Kampung Sungai Tiang Baru, dekat Selekoh, Hutan Melintang pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata lelaki berusia 77 tahun yang berkaki palsu itu, ditemukan terapung di bawah jambatan Sungai Tiang kira-kira dua meter dari lokasi dipercayai mangsa terjatuh, pada 8.40 pagi.
“Setibanya jentera di tempat kejadian pada jam 8.13 pagi, kerusi roda milik mangsa ditemukan berada di tepi tali air dan mangsa disyaki telah terjatuh ke dalamnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shazlean berkata pasukan bomba kemudian menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota membuat pencarian di sekitar kawasan kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
Mangsa berjaya dibawa keluar dari dalam air oleh anggota bomba, sebelum diperiksa oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.
Terjatuh dalam tali air, warga emas OKU ditemukan lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
You must be logged in to post a comment.