Anak bongsu derhaka sanggup tipu Ibu bapa, rampas wang RM1.3 juta dan tanah bernilai RM39.2 juta

Sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 80-an di Thailand membuat aduan terhadap anak bongsu mereka, lapor laman berita Thaiger.

Pasangan tersebut berkata, wanita itu telah mengambil wang mereka selain memberi mereka dadah.

Cucu perempuan pasangan itu, Praw menemani mereka untuk mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan, Saimai Survive.



Menurut Praw, datuk dan neneknya hilang tanah seluas 160,000 meter persegi bernilai lebih 300 juta baht (RM39.2 juta) dan wang simpanan berjumlah 10 juta baht (RM1.3 juta) akibat ditipu anak bongsu mereka.

Praw berkata, datuk dan neneknya mempunyai dua orang anak. Anak perempuan sulung pasangan warga emas itu ialah ibunya, manakala anak bongsu mereka ialah ibu saudaranya.

Praw mendedahkan bahawa datuk dan neneknya telah bertelagah selama dua tahun dengan ibunya berhubung pembahagian aset mereka.

Ibu saudara Praw membuat datuk dan neneknya salah faham tentang ibunya sehingga wanita itu sanggup memutuskan hubungan dengan ibu bapanya walaupun mereka tinggal berjiran.



Menurut datuk dan nenek Praw, anak bongsu mereka memberi ubat untuk merawat penyakit keturunan mereka, namun setiap kali makan ubat, mereka berasa pening.

Mereka percaya anak perempuan mereka telah memberi dadah dan memaksa mereka menandatangani dokumen untuk memindahkan aset mereka kepadanya.

Wang simpanan bernilai 10 juta baht (RM1.3 juta) telah dipindahkan daripada  akaun bank mereka ke dalam akaun bank anak bongsu itu.Sebahagian tanah telah dijual dan selebihnya telah digadaikan.

Siasatan kes itu masih diteruskan tetapi keluarga tersebut bimbang tentang keselamatan mereka kerana premis gadian yang terlibat merupakan pihak berpengaruh di kawasan itu. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker