Sanusi dakwa terkilan dengan Belanjawan 2024

 

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui terkilan apabila projek berimpak tinggi yang dirancang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang hanya menunggu kelulusan Menteri Pengangkutan, langsung tidak disebut dalam Belanjawan 2024.

Negeri sudah menyatakan bahawa apa yang diperlukan hanya kelulusan, bukan pembiayaan kerana projek ini akan dibangunkan secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI).



“Projek KXP adalah keperluan masa hadapan negara dan akan menjadi ‘economic game changer’ yang terpenting.

“Kita harap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, akan menimbangkan semula cadangan ini,” katanya melalui kenyataan malam ini.

Terdahulu, media melaporkan Anwar dalam Dewan Rakyat memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kemampuan kewangan membangunkan KXP, selain mendedahkan syarikat tempatan yang dipilih kerajaan negeri melaksanakan projek terbabit turut tidak berupaya berbuat demikian.

Muhammad Sanusi bagaimanapun dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 18 firma berminat membangunkan KXP sekiranya syarikat tempatan dipilih tidak berupaya melaksanakannya.



Beliau menyifatkan tindakan Anwar mendedahkan nama syarikat tempatan berkenaan di Dewan Rakyat Mac lalu sebagai tidak tepat.

Mengulas pengumuman Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri petang tadi, Muhammad Sanusi berkata pihaknya berterima kasih atas daya usaha kerajaan menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 satu tan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya turut menghargai langkah Kerajaan Persekutuan menaikkan harga lantai belian padi oleh pengilang daripada RM1,200 setan kepada RM1,300.

“Adalah diharapkan langkah ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada petani petani kita, terutama di Kedah,” katanya.



Beliau berkata, kerajaan negeri juga mengalu-alukan pengumuman untuk Kerajaan Persekutuan memulakan projek tanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun, termasuk di Kota Sarang Semut, di sini.

“Terima kasih juga atas cadangan pembangunan blok baharu pendidikan khas di SMK Kubang Rotan di Kuala Kedah, selain Program Transformasi Bas Henti Henti di Kota Setar,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker