Sukan Asia: Azeem Fahmi ungguli saringan ketiga, berjaya mara ke separuh akhir
Sukan Asia: Azeem Fahmi ungguli saringan ketiga, berjaya mara ke separuh akhir
HANGZHOU: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi membuktikan dia berada di landasan untuk menyumbangkan pingat buat negara di temasya Sukan Asia Hangzhou kali ini apabila mengungguli saringan ketiga acara 100 meter (m).
Beraksi di Stadium Olimpik Hangzhou, Azeem tampak bersahaja tanpa perlu memerah keringat untuk menguasai acara itu dengan catatan 10.28 saat (s).Azeem Fahmi
Tempat kedua dalam saringan itu dimenangi Hassan Taftian dengan catatan 10.42s manakala atlet dari Oman, Ali Anwar Ali Al Balushi, ketiga, 10.47s.
Azeem ketika ditemui berkata, sasaran utamanya adalah untuk layak ke final dan membuktikan kepada pesaingnya iaitu Hassan, bahawa siapa yang lebih pantas kali ini.
“Ini amaran saya kepada Hassan. Dia selalu bermain psikologi dengan saya sejak Kejohanan Dunia dan juga ATF (Kejohanan Olahraga Asia).
Baca Artikel Menarik:
“Hari ini, saya buktikan kepada dia, dia sudah berusia, sudah masa untuk dia bersara,” katanya.
Azeem bagaimanapun perlu lebih berwaspada apabila turun beraksi di separuh akhir apabila seteru utamanya dari Thailand, Puripol Boonson turut layak ke peringkat berkenaan selepas merekodkan masa 10.13s ketika saringan keempat.
Azeem mengakui dia sebenarnya tidak gemar berlari di waktu malam dan ia adalah pengalaman pertamanya berlari di waktu itu selepas enam tahun.
“Saya tak suka berlari waktu malam. Tapi itulah jadual tuan rumah dan kita perlu ikut. Bagi saya, berlari waktu malam seperti kurang oksigen mungkin sebab saya sudah biasa berlari waktu pagi.
“Walau apapun saya tetap akan beri yang terbaik untuk negara dan sasaran sekarang adalah mara ke final seterusnya sumbangkan pingat buat Malaysia,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
Sementara seorang lagi wakil negara, Khairul Hafiz Jantan turut menempah tiket ke separuh akhir yang akan berlangsung 7.30 malam esok.
Khairul merekodkan masa 10.48s pada saringan kelima menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.
Turut beraksi dalam seringan itu adalah bekas juara remaja dunia 2018 dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri yang mengungguli saringan itu dengan catatan 10.22s.
Dalam aksi wanita, wakil negara, Zaidatul Husniah Zulkifli gagal melayakkan diri ke peringkat akhir apabila menamatkan saringan ketiga di kedudukan keenam dengan catatan 12.11s.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan ‘Notis Merah’ Interpol terhadap menantu Muhyiddin hampir sempurna
- Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla
- Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
- MoF akan serah semula aset TH – Anwar
- AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani
- Azira Shafinaz bakal nikah
- Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet
- Simpan duit bayar saman – Puteri Sarah
- Zii Jia buat hal di Hangzhou
- Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar
- Mamat ingatkan Nabil hati-hati bergurau
- Serabut tengok Nabil, Elly, Jihan kendalikan GV10
- Duda jutawan intai selebriti isteri orang
- Azeem Fahmi bakal disahkan sebagai Raja pecut di Sukan Asia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara