13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Pihak pendakwaan menyenaraikan 13 sebab bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan salah guna kuasa berkaitan program Jana Wibawa bawah pentadbirannya.

Dalam petisyen rayuan, pihak pendakwaan berkata Hakim Jamil Hussin terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sedia ada apabila pertuduhan telah dirangka mengikut undang-undang.

Pendakwaan berkata, hakim juga salah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan sebelum tempohnya apabila pihak pendakwaan belum mengemukakan keterangan dengan memanggil saksi dan dokumen tender.

“Penggunaan kuasa sedia ada untuk membatalkan pertuduhan adalah penyalahgunaan proses memandangkan perbicaraan masih belum dimulakan,” katanya dalam pemfailan didaftarkan di Mahkamah Rayuan yang dilihat FMT. Pemfailan dibuat 10 hari lalu.

Pihak pendakwaan berkata, hakim terkhilaf apabila memerintahkan Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, dibebaskan tanpa mengambil kira semua bukti yang ingin dikemukakan semasa perbicaraan.

Ia juga berkata, hakim tidak memberi peluang kepada pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan jika gagal menyatakan dengan jelas bagaimana Muhyiddin menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk melakukan kesalahan itu.

“Ini boleh dibetulkan di tengah-tengah kes pendakwaan dengan meminda pertuduhan dengan kebenaran mahkamah,” katanya.

Tambahan pula, katanya, Jamil juga khilaf dengan menyatakan bahawa kegagalan pihak pendakwaan memberikan butiran pertuduhan telah mengelirukan Muhyiddin apabila perkara itu harus ditentukan pada akhir perbicaraan selepas menilai semua bukti.

Pihak pendakwaan juga berkata hakim terkhilaf kerana berpendapat Bersatu tidak termasuk dalam kategori pertubuhan untuk memasukkan maksud bersekutu bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ia berkata, walaupun parti itu didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966, ia tidak mengubah ciri-cirinya sebagai badan berdaftar dan persatuan untuk merujuk kepada maksud bersekutu.

Di bawah kesalahan salah guna kuasa katanya, seseorang itu boleh ditahan kerana menolong dirinya sendiri, saudara atau rakan sekerja.

Pemfailan selanjutnya berkata hakim gagal mengiktiraf Akta SPRM dan pindaan seterusnya yang diluluskan untuk memerangi rasuah terhadap individu, kumpulan, entiti perniagaan dan organisasi.

Mahkamah Rayuan menetapkan 28 dan 29 Feb tahun depan untuk mendengar cabaran itu.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk memperoleh RM232.5 juta untuk Bersatu antara 8 Feb dan 20 Ogos 2021.

Pada 15 Ogos, Jamil memutuskan pertuduhan itu cacat dan menolak kes tersebut. FMT

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker