Antony disiasat hampir lima jam

Antony disiasat hampir lima jam

MANCHESTER: Bintang Manchester United, Antony selesai dirakam keterangan hampir lima jam oleh pihak polis berhubung dakwaan bekas teman wanitanya yang dia diserang oleh pemain itu.

Pemain 23 tahun itu secara sukarela ke balai polis bagi memberi keterangan terhadap dakwaan Gabriela Cavallin.



Pemain sayap Brazil itu tiba di lapangan terbang Manchester dari Sao Paulo pada Isnin lalu.

Dia dilihat meninggalkan kediamannya di Hale Barns – bekas rumah agam Paul Pogba – dan menuju ke balai polis Manchester pada jam 4 petang waktu tempatan semalam dan hanya meninggalkan polis selepas jam 9 malam.

Antony diketepikan Brazil selepas tuduhan serangan fizikal
Antony menafikan kesemua dakwaan oleh bekas teman wanitanya. Dia juga bersedia menyerahkan telefon bimbitnya untuk siasatan.

Dia sebelum ini dirakam keterangan oleh polis Brazil dan dibenarkan kembali ke United Kingdom selepas memberi kerjasama kepada polis Sao Paulo.



Gabriela, 22, mendakwa pemain sayap itu menyerangnya beberapa kali sepanjang perhubungan mereka.

Kali pertama dia diserang pada Jun tahun lalu, ketika sedang mengandung dan bercuti di Brazil.

Antony kemudian dikatakan menumbuk dan menanduk dadanya sehingga implan payudaranya rosak, di sebuah hotel di Manchester pada 15 Januari tahun ini.

Gabriel turut mendakwa Antony membaling gelas kepadanya pada Mei sehingga jarinya luka.



Dua wanita lain turut mendakwa diserang pemain itu.

Antony dibenarkan oleh United untuk bercuti bagi membersihkan namanya daripada segala pertuduhan.

Awal bulan ini, United mengeluarkan kenyataan yang Antony diberikan cuti sehingga kesnya selesai.

Dengan siasatan masih berjalan, Antony terpaksa melupakan seketika aksi bersama skuad kendalian Erik ten Hag. BH



Antony disiasat hampir lima jam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker