Sharul puas kalahkan pemenang emas Olimpik

Sharul puas kalahkan pemenang emas Olimpik

Percaturan atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam untuk tidak ke Kejohanan Dunia akhirnya berbaloi apabila dia berjaya menyumbangkan pingat gangsa buat kontinjen negara di temasya Sukan Asia, Hangzhou menerusi acara melombol.

Pendaratan sempurna pada kedua-dua lompatan dalam aksi melombol itu membolehkannya Sharul merangkul gangsa selepas mengumpul purata markah 14.466 mata.



Lebih membanggakan apabila gimnas berusia 22 tahun itu berjaya menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo dari Korea, Shin Jea-hwan yang menamatkan cabaran di kedudukan keempat.

Tiada kata yang boleh menggambarkan kegembiraan atlet kelahiran Terengganu itu apabila berjaya meraih pingat pertamanya tahun ini.

“Ini memang sesuatu yang saya tunggu-tunggu untuk berjaya meraih pingat buat negara. Dulu selalu saya tengok Ng Shu Wai buat dan turut belajar teknik-teknik daripada beliau.

“Akhirnya saya berjaya membuat pendaratan sempurna dan mengulangi pencapaian Shu Wai di Sukan Asia dan pastinya ibu saya akan gembira dapat melihat kejayaan saya kali ini.



“Pingat ini untuk semua terutama keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan berada di belakang saya tatkala saya gagal atau terjatuh,” katanya.

Berdasarkan strategi yang tepat Sharul menggunakan darjah kesukaran 5.2 pada kedua-dua lompatan dan berjaya melakukan pendaratan sempurna tanpa ada sebarang mata penalti.

Emas dalam acara itu dimenangi atlet Jepun, Wataru Tanigawa dengan 15.016 mata, perak milik atlet Iran, Mahdi Olfati (14.783).

Kali terakhir skuad gimnastik negara merangkul pingat adalah menerusi Shu Wai yang meraih perak ketika temasya Sukan Asia Doha 2006 dalam acara yang sama.



Sementara itu, jurulatihnya Ng Shu Liang yang juga abang kepada Shu Wai berkata, dia cukup gembira melihat kejayaan Sharul dan dapat merasakan bahawa dia mampu memberikan sesuatu selepas lompatan pertama.

“Saya memang ada tujuan bila bawa dia ke sini dan bukan ke Kejohanan Dunia sebab saya rasa dia boleh buat sejarah dalam sukan ini.

“Saya berbangga dengan apa yang dia lakukan. Dia seorang atlet yang sangat konsisten,” katanya.

Shu Liang berkata, gangsa yang diraih Sharul amat bermakna kerana ia bukan sesuatu yang mudah terutama apabila dapat menewaskan jaguh dunia seperti juara Olimpik dari Korea itu, Jeahwan. BH



Sharul puas kalahkan pemenang emas Olimpik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker