Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4
Penyanyi istimewa dari Indonesia, Putri Ariani yang disebut-sebut bakal bergelar juara program America’s Got Talent (AGT) musim ke-18, terpaksa berpuas hati selepas diumumkan pemenang tempat keempat dalam pertandingan akhir rancangan realiti terkenal itu.
Tampil menyanyikan lagu berjudul Run nyanyian asal Snow Patrol, duet bersama penyanyi, Leona Lewis, remaja cacat penglihatan itu terpaksa akur apabila tewas kepada peserta bernama Adrian Stoica bersama anjing kesayangannya, Hurricane.
Semasa pertandingan akhir AGT yang berlangsung di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat, awal pagi tadi, persembahan penyanyi berusia 17 tahun itu berjaya membuatkan juri pertandingan, Simon Cowell, Sofia Vergara, Heidi Klum dan Howie Mandel memberikan tempukan ‘standing ovation’.
Biarpun tidak bergelar juara, Cowell yang daripada awal menggagumi bakat Ariani, tetap berasa bangga dengan persembahan yang dipamerkan gadis asal Riau, Indonesia itu.
“Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa awak merupakan seorang penyanyi luar biasa. Bagaimanapun, pada akhirnya ini merupakan satu pertandingan,” ujar Cowell.
Sementara itu, Lewis yang berduet bersama Ariani ketika pertandingan akhir yang berlangsung di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat itu, turut berkongsi rasa bangga dan gembira apabila dapat menyanyi bersama dengan ‘bintang’ yang disifatkan cukup berbakat.
“Awak sangat hebat. Nyanyian awak ibarat ‘hadiah’ untuk dunia. Suara awak memberikan inspirasi dan saya sangat gembira dapat menyanyi bersama awak hari ini,” ujar Lewis.
Kemenangan Stoica bersama anjingnya, Hurricane yang mempamerkan bakat akrobatik antara manusia dan haiwan itu, melayakkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak AS$1 juta (RM4.71 juta), selain berpeluang membuat persembahan di America’s Got Talent Presents Superstars Live di Luxor Hotel and Casino di Las Vegas.
Pemenang tempat kedua menjadi milik Anna Deguzman yang membuat persembahan silap mata, manakala tempat ketiga jatuh kepada Murmuration.
Pada pentas akhir AGT, seramai 10 finalis bersaing untuk merebut gelaran juara yang ditentukan sepenuhnya oleh undian penonton.
Terdahulu, Ariani atau nama lengkapnya Ariani Nisma Putri menjadi kebanggaan rakyat Indonesia apabila mengejutkan juri dan penonton AGT selepas berjaya mendapat Golden Buzzer daripada juri, Simon Cowell, ketika peringkat saringan AGT pada Jun lalu.
Walaupun buta atau cacat penglihatan, itu bukanlah penghalang buat Putri untuk menampilkan persembahan luar biasa dengan bakat nyanyian serta skil bermain piano.
Remaja itu menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Loneliness sambil bermain piano, sekali gus membuatkan Cowell segera menekan Golden Buzzer.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’
Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan