Siasatan ‘Projek Buku’ Radzi Jidin telah bermula Ogos lagi – SPRM

Siasatan SPRM ke atas projek per­cetakan buku bernilai RM80 juta yang dikaitkan dengan bekas menteri pendidikan, Radzi Jidin telah bermula kira-kira sebulan lalu, iaitu pada Ogos.

Sambil menafikan, siasatan SPRM itu adalah atas arahan mana-mana pihak, ketua pesuruhjayanya, Azam Baki menolak kes berkenaan mempunyai kaitan dengan pertelingkahan antara ahli Parlimen Putrajaya itu de­ngan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 19 September lalu.

“Kita telah mulakan siasatan membabitkan kes ini kira-kira sebulan sebelum ini.

“Laporan yang dibuat oleh sekumpulan individu baru-baru ini hanya maklumat tambahan yang boleh diambil kira SPRM,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia, hari ini.

Azam merujuk tindakan Umno Wilayah Persekutuan yang membuat laporan kepada SPRM mengenai projek percetakan buku itu pada Khamis minggu lalu

Isnin lalu, Timbalan Ketua Biro Undang-Undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif yang menuduh perdana menteri menyalah guna agensi penguatkuasaan untuk “mengganggu” musuh politiknya.

Mengulas dakwaan itu, Azam berkata, SPRM adalah berke­cuali dan akan terus melakukan siasatan tanpa tekanan daripada sebarang pihak.

Ditanya bila Radzi akan dipanggil bagi membantu siasatan, ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata, ia terpulang kepada pasukan penyiasat.

“Bila akan panggil belum tahu lagi kerana saya serahkan kepada pegawai penyia­sat dan terpulang kepada mereka tentukan bila akan dipanggil jika ada keperluan,” katanya.

Setakat ini, lima saksi te­lah diambil keterangan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek percetakan buku itu.

Kesemua keterangan saksi itu diambil selepas dua individu termasuk seorang setiausaha politik kepada seorang bekas menteri ditahan pada Ahad lalu.

Radzi dalam satu kenyataan pada 25 September lalu, mengakui bekas setiausaha politiknya ditahan SPRM berhubung dakwaan rasuah melibatkan RM80 juta berkaitan pencetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.

Dia bagaimanapun menafikan terbabit dalam projek rundingan terus percetakan buku bernilai RM80 juta semasa memegang jawatan selaku menteri.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker