Feri Langkawi ke Kuala Kedah patah balik akibat ribut

Feri Langkawi ke Kuala Kedah patah balik akibat ribut

Feri membawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik pada 4 petang tadi disebabkan ribut dan ombak tinggi.

Penolong Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Norhafiz Abdul Wahid, berkata pelayaran dari Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 4 petang dan 7 malam tadi terpaksa dibatalkan.



“Konsortium Ferry Line Ventures menyediakan trip tambahan untuk pilihan kepada penumpang yang ingin menaiki trip ke Langkawi-Kuala Perlis pada 7.30 malam tadi,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelayaran dari Kuala Kedah bagi 7 pagi esok juga dibatalkan akibat cuaca buruk kerana ketinggian ombak lebih kurang 3m boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri serta bot kecil.

Beliau memohon maaf atas semua kesulitan dihadapi penumpang dan pertukaran tarikh serta masa perjalanan untuk hari berikutnya boleh dilakukan penumpang. FMT

Feri Langkawi ke Kuala Kedah patah balik akibat ribut



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker