Anak Malaysia, Henry Golding bawa watak ninja pula dalam filem ‘Snake Eyes’


PERNAH disebut-sebut sebagai bayangan James Bond Asia yang pertama, Henry Golding yang sebelum ini popular dengan beberapa watak yang dibawanya menerusi filem-filem romantik komedi, kali ini beliau mempertaruhkan bakatnya dengan membawa watak sebagai seorang ninja.

Perubahan watak itu dapat dilihat melalui watak anak kelahiran Sarawak itu sebagai seorang ninja dalam filem terbaharunya yang berjudul ‘Snake Eyes : G.I Joe Origins’ (2021) yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Nama Henry mulai melonjak naik semenjak beliau membawakan watak sebagai Nick Young dalam filem ‘Crazy Rich Asian’ (2018).

Henry juga pernah membintangi beberapa buah filem komedi, romantik dan misteri seperti ‘Mansoon (2019), Last Christmas (2019)’ dan ‘The Gentlemen’ sebelum beliau akhirnya diberikan kepercayaan untuk menggalas watak utama dalam sebuah filem yang padat dengan aksi.



Menerusi filem ‘Snake Eyes’, nama Henry Golding menjadi buah mulut apabila beliau berjaya sebagai anak seni Malaysia yang mencipta nama di persada antarabangsa.

Snake Eyes : G.I Joe Origin merupakan filem ketigayang dihasilkan oleh francais G.I. Origin dan juga turut menghasilkan filem-filem terkenal lain seperti Transformes yang telah menjadi kegilaan ramai. Utv

Gangguan seksual dalam sukan: Tiada perlindungan buat jurulatih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker