Sanggup berhenti jadi model demi cinta kepada pemandu lori

Putri hidup bahagia dengan suaminya yang merupakan pemandu lori. – TikTok

Seorang model jelita sanggup meninggalkan dunia glamor selepas memilih pemandu lori sebagai suaminya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Gadis tersebut, Putri Liliana mendedahkan kisah cintanya itu menerusi akaun TikTok @putrilistiana.

Menurutnya, sepanjang menjalin hubungan cinta dengan suaminya sebelum berkahwin, dia kerap mendapat cemuhan daripada orang ramai.

Namun, gadis berasal dari Rembang, wilayah Jawa Tengah tersebut tidak mempedulikan kata-kata tersebut, sebaliknya berasa kagum dengan pekerjaan suaminya itu.



Malah, Putri sanggup meninggalkan dunia permodelan untuk hidup bersama lelaki itu bagi membolehkan dia kerap mengikuti suaminya menghantar barangan menaiki lori.

Hantaran yang dimuat naik Putri menjadi tular dan menerima banyak pujian daripada netizen yang mengagumi dirinya.

“Dia semakin cantik setelah berkahwin. Ia adalah bukti suaminya berjaya membahagiakan dia,” tulis seorang netizen. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker