Lelaki dipatuk ketika cium ular

NEW DELHI – Seorang lelaki di India dipatuk seekor ular pada bahagian bibir selepas cuba mencium reptilia tersebut ketika menyelamatkannya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Lelaki itu dikenali sebagai Alex dan ketika kejadian, dia cuba menyelamatkan dua ekor ular berhampiran sebuah kampung di Shivamogga, negeri Karnataka.
Dia yang merupakan seorang penyelamat ular menangkap haiwan itu bersama rakannya, Roni, sebelum melepaskan kembali reptilia tersebut ke kawasan hutan berdekatan.
Bagaimanapun, Alex secara tiba-tiba cuba mencium mulut salah seekor haiwan tersebut, menyebabkan ular itu mematuk bibir lelaki berkenaan dan mencederakannya.
Dia dibawa ke sebuah hospital daerah di Shivamogga untuk mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.
Kedua-dua repitilia itu turut dilepaskan ke dalam hutan, namun punca Alex mencium seekor ular itu tidak dijelaskan.
Video insiden tersebut menjadi tular di media sosial dengan sebilangan pengguna mendakwa bahawa sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk tempatan bertembung atau dipatuk ular.
“Tiada sesiapa yang pernah mati dipatuk ular di sebuah kampung berhampiran Varanasi di mana ular tedung berkeliaran seperti anjing jalanan,” kata seorang netizen.
Tidak dinyatakan spesies ular yang mematuk Alex, namun ia kelihatan seperti ular tedung dan berkemungkinan juga bukan daripada spesies yang sangat berbisa. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee