Bekerjasama dengan DAP untuk kuasa dan jawatan, MCA tolak kerana prinsip

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker telah menolak keperluan untuk partinya bekerjasama rapat dengan DAP demi kelangsungan politik parti itu.

“MCA tidak akan menjadi “opportunist” politik atau mengikut “expediency” atau peluang politik semata-mata untuk berkuasa.

“Segala tindakan kami selama ini adalah berlandaskan prinsip-prinsip politik keserderhanaan dan menghurmati perlembagaan, institusi dan tradisi.

“MCA tidak akan bertindak semata-mata untuk berkuasa atau memberi janji-janji kosong maupun menjatuhkan lawan melalui fitnah atas provokasi dan justifikasi politik untuk mencari kesempatan berkuasa.

Presiden MCA Wee Ka Siong bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kami tidak akan bertindak mengikut peluang atau kesempatan politik dengan menjatuhkan parti lawan melalui pembohongan , tohmahan atau fitnah dan kemudiannya memohon maaf untuk berkawan semata-mata demi untuk berkuasa,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Ti menjawab laporan beberapa hari lalu yang memetik nasihat seorang ahli akademik terhadap MCA untuk menyebelahi DAP supaya parti komponen BN itu berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memenangi kerusi pada pilihan raya negeri akan datang di Pulau Pinang dan Selangor.

Bekas timbalan menteri itu menegaskan bahawa MCA adalah sebuah organisasi besar yang mempunyai sejarah panjang dan semangat terbuka.

“Seperti mana parti- parti politik , kita akan mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan politik mengikut edaran masa dan menghurmati pasaran politik semasa,” katanya lagi.

Walaupun MCA ketika ini hanya mempunyai dua ahli parlimen,Ti memberi jaminan parti itu akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan sedia ada demi kestabilan politik.

Ti juga menegaskan partinya boleh mengambil iktibar daripada pihak lain seperti PKR yang sebelum ini hanya berjaya memenangi satu kerusi pada pilihan raya umum 2004.

Presiden PKR Anwar Ibrahim kini menerajui kerajaan sebagai perdana menteri.

MCA juga boleh mengambil iktibar pengalaman parti seperti PRSM atau PSM yang telah lama wujud dan memperjuangkan perjuangan partinya walaupun tidak memenangi kerusi untuk tempoh yang lama, kata Ti.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker