Chegubard dibebaskan polis selepas beri keterangan

Chegubard dibebaskan polis selepas beri keterangan

Polis membebaskan aktivis Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard, selepas dia selesai memberi keterangan pada 2.15 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari, menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, pagi tadi.



“Alhamdulillah Cikgubard dibebaskan pagi ini jam 2.15 selepas diambil keterangan,” katanya.

Malam tadi, Malaysiakini melaporkan penangkapan aktivis pembangkang itu dibuat menjelang himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun Ahmad Fadhli dalam satu hantaran berasingan di Facebook mendakwa tangkapan itu tiada kaitan dengan rancangan kumpulan pembangkang berhimpun pada Sabtu ini yang juga merupakan sambutan Hari Malaysia.

“Tak ada kaitan dengan himpunan,” katanya.



Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata Badrul Hisham ditahan kerana gagal memberi kerjasama kepada siasatan polis dalam enam kes berasingan.

Katanya PDRM sudah memanggil Badrul Hisham beberapa kali untuk membantu siasatan selain mengeluarkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

“Beliau terima notis tersebut tetapi menyatakan keengganan untuk hadir.

“Justeru pihak saya tak ada pilihan lain selain keluarkan waran tangkap,” katanya semasa memberikan sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi malam semalam.



Mohd Shuhaily juga berkata enam kes berasingan yang dirujuk kepada polis itu adalah berdasarkan laporan yang dibuat terhadap siaran TikTok Badrul Hisham yang didakwa mengandungi kenyataan yang membawa kepada kerosakan awam dan unsur hasutan.

Antara lain, katanya, Badrul Hisham mempersoalkan dakwaan “double standard” kerajaan dalam menangani isu berkaitan kaum, agama dan raja-raja Melayu

“Terdapat banyak unsur fitnah dalam kenyataannya,” kata Mohd Shuhaily. FMT

Chegubard dibebaskan polis selepas beri keterangan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker