Polis buru dua suspek samun berparang di Taman Sentosa

Polis buru dua suspek samun berparang di Taman Sentosa

POLIS kini memburu dua suspek utama yang terlibat dalam kejadian samun berparang di sebuah kedai dekat Taman Sentosa pada 25 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek dikenali sebagai M. Puvaneswaran,31, dan A. Suresh, 38.



Beliau berkata, dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, mangsa seorang lelaki tempatan dan warga asing telah didatangi dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi.

“Suspek telah masuk ke dalam kedai dan menetak mangsa warga asing dengan parang sebelum melarikan sebuah kotak kecil yang mengandungi wang tunai RM1,000.

“Bertindak atas maklumat, dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan masing-masing berusia 24 hingga 37 tahun ditahan di Klang pada 29 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis kini masih giat memburu duaa suspek utama bagi melengkapkan siasatan.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta berhubung ke Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222. Utv

Polis buru dua suspek samun berparang di Taman Sentosa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah



Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker