Dakwaan cubit pinggang wartawan, polis belum terima laporan

Dakwaan cubit pinggang wartawan, polis belum terima laporan

Semalam media melaporkan bahawa dua wartawan wanita mendakwa menjadi mangsa kekasaran beberapa pegawai pengiring seorang menteri ketika membuat liputan program kempen PRK di Taman Anggerik dan Taman Dahlia di Johor Bahru pada Selasa.

Pegawai pengiring terbabit didakwa menghalang mereka ketika sidang media diadakan termasuk menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang membuat rakaman.



Polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan insiden dua pengamal media di Johor yang dikasari pegawai pengiring seorang menteri pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika ini, kenyataan mengenai insiden itu hanya dikeluarkan oleh sebelah pihak dan beliau sendiri belum mendapat laporan penuh berhubung perkara terbabit.

“Bagi masa sikit sebab setakat ini kenyataan dikeluarkan oleh pihak media sendiri, saya pun belum dapat laporan penuh daripada pihak polis berhubung perkara ini.

“Biasalah dalam keghairahan pihak media mendapatkan komen, mungkin timbul tolak-menolak tapi tunggulah siasatan penuh dijalankan, biasalah masing-masing menjalankan tugas,” katanya selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chai di sini, hari ini.



Beliau berkata, setakat ini, proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berjalan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Semalam media melaporkan bahawa dua wartawan wanita mendakwa menjadi mangsa kekasaran beberapa pegawai pengiring seorang menteri ketika membuat liputan program kempen PRK di Taman Anggerik dan Taman Dahlia di Johor Bahru pada Selasa.

Pegawai pengiring terbabit didakwa menghalang mereka ketika sidang media diadakan termasuk menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang membuat rakaman. HM

Dakwaan cubit pinggang wartawan, polis belum terima laporan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker