Cinta nenek 77 tahun dengan suami 22 tahun hingga ke akhir nyawa

Cinta nenek 77 tahun dengan suami 22 tahun hingga ke akhir nyawa

JAKARTA – Sepasang suami isteri yang pernah tular kerana mempunyai perbezaan usia 55 tahun ketika berkahwin membuktikan keikhlasan cinta mereka apabila si isteri, Rohaya meninggal dunia pada usia 77 tahun, lapor laman berita Detik hari ini.

Selamet Riyadi, 22 dan arwah isterinya yang lebih dikenali sebagai Nek Rohaya, berkahwin pada 4 Julai 2017 di Ogan Komering Ulu, wilayah Sumatera Selatan.



Selamet ketika berkahwin berusia 16 tahun, manakala Nek Rohaya berumur 71 tahun.

Namun, selepas enam tahun berumah tangga, Nek Rohaya menghembuskan nafas terakhir semalam kerana sakit tua.

“Dia meninggal dunia kerana sakit tua. Nek Rohaya sudah berumur 77 tahun, jadi arwah sering sakit-sakit sebelum ini,” kata salah seorang keluarganya, Amzal.

Tambah Amzal, pada sebulan terakhir hayat Nek Rohaya, dia kerap berulang-alik untuk berubat dengan ditemani Selamet yang turut menjaganya.



Ujarnya lagi, dia menjadi saksi kepada kehidupan rumah tangga Nek Rohaya dan Selamet selama enam tahun. Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia.

“Mereka bahagia sejak berkahwin, harmoni dan saling menyayangi.

“Sejak Nek Rohaya menghembuskan nafas terakhir dan dikebumikan, Selamet amat sedih. Dia juga sibuk menguruskan semua hal berkaitan,” kata Amzal.

Sementara itu, menceritakan kisah rumah tangga pasangan tersebut, isteri ketua masyarakat setempat, Widiya Wati berkata, Selamet pernah mengunci Nek Rohaya di dalam bilik kerana tidak mahu dia bertemu lelaki lain.



Menurutnya, Selamet mengaku bertindak demikian ketika dia keluar ke kedai seketika sebelum membuka kembali kunci sejurus pulang ke rumah. K Online

Cinta nenek 77 tahun dengan suami 22 tahun hingga ke akhir nyawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil



Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker