Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)
Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku
“Teruk sangat, teruk sangat jalan raya kami…banjir Tuanku,” itu luahan seorang wanita dalam satu video tular ketika bertemu empat mata dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam program Kembara Kenali Borneo baginda bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi video itu, kelihatan Al-Sultan Abdullah yang berada di dalam kenderaan sedang bersalaman dengan penduduk sebelum kedengaran suara seorang wanita mengambil peluang mengadukan masalah itu secara terus kepada baginda.
Sementara itu dalam video berasingan, kelihatan Tunku Azizah menulis sesuatu pada buku nota ketika penduduk cuba bersalaman dengan baginda.
“Kejap-kejap saya (sedang) tulis…jalan teruk…jalan sini teruk ya?” titah Tunku Azizah dalam video berkenaan.
Keprihatinan dan keramahan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah menerusi gambar dan video tular itu mendapat pujian netizen.
Manakala, tindakan penduduk yang mengadukan masalah setempat juga mendapat pujian ramai kerana berani menyuarakan isu rakyat kepada baginda berdua.
“Begini yang kita mahu sebab kalau mengadu dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) atau mana-mana pihak bukannya kita dilayan,” tulis pengguna TikTok, Hyl Lieya.
“Terbaik,. beritahu je (saja) kat (kepada) Agong, baru ada akal geng JKR,” tulis seorang lagi pengguna TikTok, YBehsan.
“Harap Agong datang Sabah enam bulan sekali,” tulis seorang lagi pengguna TikTok, Abdullah Jusoh Doll.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat melakukan perjalanan Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah.
Kembara baginda berdua itu akan berakhir di Telok Melano, Kuching di Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Turut berangkat mengikuti program sejauh 2,154 kilometer (km) menelusuri Lebuhraya Pan Borneo adalah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Kembara Kenali Borneo, satu pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah serta Tunku Azizah untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu. HM
Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku
Baca Artikel Menarik:
- Scha Alyahya dipuji ‘stunning’ di Venice Film Festival
- Mizz Nina dan Essam diraikan dalam sebuah majlis resepsi di KL
- Nassuruddin saman dua Adun, ketua Umno Kelantan
- Reen Rahim ‘mengamuk’ kerana Sweet Qismina kena kecam
- Isteri potong kemaluan suami, ini pula yang terjadi
- Remaja lari rumah ikut teman lelaki dicari polis
- Zarina Anjoulie beri amaran jangan dekati Datuk Khazrul
- Pas pernah pertahankan Zahid, malah Anwar pun
- Orang tahu ke saya bertaubat setiap malam? – Zainal Abidin
- Ahirine padam gambar ‘panas’ dengan Aedy Ashraf selepas ditegur
- Gajah merajuk dijual rodok tuan guna gading, jaga mayat mangsa
- Kelebihan dan keajaiban solat asar dan subuh
- Hadi hanya jawab lima daripada 24 soalan
- Mahkamah lepaskan Zahid, sama macam pembebasan Muhyiddin – Saifuddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.