Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri [VIDEO]

MACHANG: Hubungan sulit yang disyaki antara mangsa dengan isteri suspek dikatakan menjadi punca pergaduhan sehingga meragut nyawa seorang penjawat awam di Kampung Cabang Sungai Hala, di sini, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ketika mengulas perkembangan kes terbabit.

“Motif kejadian adalah suspek mengesyaki mangsa yang juga simati ada hubungan sulit dengan isterinya.

“Suspek bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, manakala mangsa yang juga penjawat awam bekerja di sebuah jabatan sama dengan isteri suspek di Kuala Krai,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di sebuah kedai makan di hadapan Hospital Machang, dua lelaki berusia 46 dan 51 tahun dilapor bergaduh dengan seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah pada muka.

https://www.facebook.com/berita757/videos/1016784612848452/

Muhamad Zaki berkata, mangsa, 51, cedera parah pada kedua-dua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri, manakala suspek cedera pada kedua-dua belah tangan.

“Pergaduhan berlaku tanpa membabitkan sebarang senjata, namun mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat.

Beliau berkata, setakat ini suspek kes itu sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Machang esok untuk perintah tahanan reman,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker