Muhyiddin ikut nafsu, diminta bertaubat…

“Suruh dia bertaubatlah… jangan yang halal kita haramkan, itu bukanlah hak kita. Kempen itu berkempen juga, politik pun berpolitik juga, namun soal akidah jangan buat main.”

Demikian ditegaskan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa haram mengundi calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu minggu depan.

Beliau menekankan, bekas Perdana Menteri itu tidak seharusnya ‘mempermainkan’ agama, sebaliknya perlu berkempen secara matang tanpa mencetuskan kontroversi.



“Sebagai senior dalam kancah politik, Muhyiddin sepatutnya menumpukan isu ingin dibawa atau manifesto parti yang membawa kebaikan kepada rakyat.

“Jangan kata tidak masuk syurgalah, macam-macam lagi dan sengaja mengeluarkan kenyataan mengundang kontroversi.

“Saya memberi nasihat kepada individu berpangkat ‘abang-abang’ saya itu supaya jadilah seorang yang ‘gentleman’. Kita beritahu apa yang kita hendak lakukan, bukan mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lembah Kempas, di sini, hari ini.

Sebaliknya, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, visi Kerajaan Perpaduan cukup jelas untuk mempertahankan majoriti dua per tiga.



Beliau berkata, ia penting bagi menjayakan misi memulihkan ekonomi, kerana pembentukan kerajaan yang mantap menjadi kriteria utama untuk menarik pelabur.

“Jelas selepas menang saja (Pilihan Raya Negeri Johor) pada Mac tahun lalu, Johor membawa masuk pelaburan RM70 bilion pada tahun lalu, iaitu 30 peratus daripada keseluruhan pelaburan negara.

“Sekarang, negara kita menjadi destinasi pelabur baharu yang nak datang, contohnya Tesla pilih Malaysia, manakala Infineon Technologies pula menambah pelaburan RM25 bilion di Kulim Hi-Tech Park di Kedah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker