Penunggang motosikal kejam ditahan, sanggup seret anjing atas jalan raya
Seorang penunggang motosikal roda tiga di Makassar, Indonesia ditahan selepas sebuah klip video memaparkan dia menyeret seekor anjing di jalan raya tular di media sosial.
Laman berita Detik melaporkan, lelaki bernama, Arman itu memberitahu polis bahawa dia tidak sengaja menyeret haiwan tersebut.
Menurut Arman, dia diminta seseorang untuk membawa anjing itu dari Jalan Sungai Poso ke Jalan Gunung Bawakaraeng.
Akibat takut, dia memilih untuk menarik tali anjing itu secara perlahan-lahan sambil ia berjalan.
“Ketika saya mengambil anjing ini daripada pemiliknya, saya takut untuk membawanya menaiki motosikal. Jadi saya biarkan ia berjalan perlahan-lahan,” katanya.
Selepas berjalan lama, anjing itu keletihan. Ketika melepasi lampu isyarat, Arman terpaksa memandu dengan laju namun hanya tersedar anjing itu terseret apabila diberitahu orang.
Polis kemudian memanggil Perikatan Penjagaan Haiwan Indonesia (APHI) dan pemilik anjing itu untuk berunding di Ibu Pejabat Polis Makassar.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar, Ridwan Jason Maruli Hutagaol berkata, tiada sebarang kecederaan ditemui pada badan anjing yang diseret itu.
Tambah Ridwan, selepas pertemuan, kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.