Penting kekalkan Pulai dan Simpang Jeram, DAP rayu agar pengundi luar kawasan balik mengundi

DAP akan menjalankan gerak kerja secara lebih progresif, dalam meyakinkan lebih ramai pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram, 9 Sept ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata ini kerana, pihaknya bimbang sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, memandangkan ketika ini ramai pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan yang bekerja di luar kawasan.

Ia sekali gus dikhuatiri akan menjejaskan peluang untuk calon PH memperoleh kemenangan pada PRK berkenaan dan mengurangkan keabsahan kepada wakil rakyat yang akan dipilih kelak.



“Kita tahu bahawa ramai pengundi ini ramai bekerja di luar, termasuk di Singapura. Cabaran yang kita kenal pasti ialah pengundi luar dan menghubungi mereka untuk pulang mengundi.

“Kita juga kena yakinkan ibu bapa dan saudara mara, agar mereka ingatkan tanggungjawab kepada ahli keluarga mereka, untuk mengundi,” katanya selepas menyampaikan ucapan pada Ceramah Pakatan Harapan di Wisma DAP Muar malam tadi.

Mengulas lanjut, Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata keabsahan bagi seseorang wakil rakyat dipilih adalah amat penting, terutamanya dalam membawa suara rakyat dengan lebih kuat.

“Kita nak peratusan mengundi tinggi, kerana itu akan memberi keabsahan kepada wakil rakyat tersebut.



“Kalau wakil rakyat tersebut dipilih bukan daripada majoriti pengundi, katakan kurang 50 peratus, jadi suara dibawa itu tidak cukup kuat,” katanya.

Sasar 70% keluar mengundi

Sehubungan itu beliau berkata amat penting agar peratusan keluar mengundi sehingga melebihi 50 peratus.

“Setiap kali mana-mana pilihan raya, DAP sasar mesti lebih 70 peratus keluar mengundi,” katanya.



Dalam pada itu Loke berkata setelah seminggu berkempen, beliau difahamkan peluang PH untuk memenangi kedua-dua kerusi berkenaan, adalah cerah.

“Saya telah pun meminta supaya seluruh jentera DAP dikerahkan bagi membantu calon PH, ikut rekod kita mempunyai peluang yang cerah, kerana rekod prestasi yang baik penyandang Datuk Seri Salahuddin Ayub juga daripada PH,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.

PRK di kedua-dua kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas.



– Bernama

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker