Lelaki renjat kekasih kerana tidur terlalu lama

Lelaki renjat kekasih kerana tidur terlalu lama

EDINBURGH, SCOTLAND – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 22 bulan selepas didapati bersalah mengenakan senjata renjatan pada kekasihnya kerana berang wanita itu tidur terlalu lama, lapor portal berita LadBible semalam.

Kenneth Donald, 37, menyerang kekasihnya menggunakan pistol renjatan ketika mangsa berbaring di atas katil pagi hari minggu pada 9 Februari lalu.



Wanita itu dikatakan tidur terlalu lama selepas kedua-dua mereka mabuk malam sebelumnya di Stirling, Scotland.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, Donald mengejutkan kekasihnya dan mengugut untuk menggunakan senjata renjatan sekiranya wanita itu enggan bangun.

“Tidak lama kemudian, ketika wanita itu tertidur semula, tertuduh mengambil pistol renjatan dan menembak kaki teman wanitanya.

“Ia menyebabkan mangsa mengalami kesakitan, manakala paha kanan mangsa mengalami lebam dan kesan kemerah-merahan,” kata Pendakwa Raya, Laurelle Johnstone.



Mangsa membuat laporan polis pada bulan berikutnya sebelum Donald ditahan pada 30 Mac 2023.

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun turut merakam insiden itu di mana ia dijadikan bahan bukti utama dalam perbicaraan di mahkamah.

Video tersebut menunjukkan Donald ketawa ketika mengenakan senjata renjatan pada kekasihnya.

Donald mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk berkaitan penderaan domestik. K Online



Lelaki renjat kekasih kerana tidur terlalu lama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker