Peguam Negara bercuti sementara tunggu bersara

Peguam Negara Idrus Harun telah bercuti sementara menunggu persaraannya pada 6 Sept, menurut satu laporan.

Laporan The Star mengatakan dia sedang menamatkan cuti tahunan berbayar kepadanya.

Dalam pada itu, laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan mengatakan Peguam Cara Negara Terrirudin Mohd Salleh telah mengambil tugasan Idrus semasa ketiadaan Idrus, mengikut undang-undang.

Idrus, yang sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai peguam negara untuk tempoh dua tahun bermula 6 Mac 2020.

Ia selepas Tommy Thomas meletak jawatan berikutan Langkah Sheraton.

Tempoh jawatannya dilanjutkan setahun pada Mac tahun lalu dan dilanjutkan lagi selama enam bulan pada Mac tahun ini.

Badan Peguam Malaysia meluluskan usul tidak percaya terhadap Idrus pada Mei lalu kerana didakwa gagal mempertahankan badan kehakiman dan menegakkan kedaulatan undang-undang, tetapi Perdana Menteri Anwar Ibrahim menilai prestasi Idrus sebagai memuaskan. Mk

Peguam Negara bercuti sementara tunggu bersara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker