Ibu meninggal dunia pada hari perkahwinan, anak sayu urus jenazah
Ibu meninggal dunia pada hari perkahwinan, anak sayu urus jenazah
HARI perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari gembira bertukar duka buat seorang wanita apabila menerima perkhabaran kehilangan ibu tercinta buat selamanya.
Hal tersebut itu dikongsikan oleh akaun TikTok Mawi Khaili, yang bercerita mengenai kisah kawannya yang kehilangan ibu pada hari bergelar raja sehari.
“Ini kisah kawan baik aku nama dia Ika, yang baru sahaja berkahwin pada 26 Ogos 2023. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Pengantin nampak gembira. Tapi lebih kurang setengah jam dia selesai bernikah, dia dapat perkhabaran yang sangat mendukakan.
“Dia terpaksa bergegas ke Hospital Kuala Lumpur untuk melihat ibunya yang sedang kritikal. Sampai sahaja di hospital, ibunya telah menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana aku nak gambarkan perasaan yang dia rasa? Gembira sedikit tapi dukanya yang lebih,” katanya.
Mawi berkata, bagaimanapun, dia berasa bangga dengan Ika kerana kuat untuk menguruskan jenazah ibunya sebaik yang mungkin.
“Aku bangga dengan dia. Dia kuat untuk berdiri uruskan jenazah sebaik yang mungkin. Walaupun keadaan dia tak stabil dan emosi dia terlalu sedih, tapi dia terpaksa kuatkan diri untuk kembali ke majlis persandingan dia.
“Bukan untuk meraikan tetapi menghormati tetamu yang hadir dari seluruh negeri. Keluarga yang datang daripada jauh, Indonesia, Singapura,” katanya.
Sebelum mengakhiri videonya, Mawi turut berkongsi yang ayah Ika yang berkerusi roda turut datang ke pusara ibunya.
“Ini ayah kepada Ika. Walaupun berkerusi roda tetap menemai isteri tercinta. Aku rasa aku patut dokumentasikan cerita ini. Kalau kita rasa sedih, kalau kita rasa susah, ingat ramai yang lagi sedih daripada kita, ramai yang lagi susah daripada kita,” tutup Mawi.
Meninjau ruangan komen, ramai yang turut berduka cita dan memberi sedekah Al-Fatihah buat ibu Ika. Awani
Ibu meninggal dunia pada hari perkahwinan, anak sayu urus jenazah
Baca Artikel Menarik:
- PAS letak syarat kerjasama dengan UMNO
- Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi
- Video ‘panas’ Zarul Imran kembali tular
- Untuk menang pilihan raya, Pas setuju tukar agenda negara Islam
- Lelaki ceroboh rumah Nabil untuk lepak didenda RM3,000
- Abang Tesla kena ‘sound’ , ingat pertandingankah ini?
- Ramai malu lihat COEX buat persembahan depan pelajar tahfiz
- Penceramah PAS tarik balik rayuan, akur aset TH tidak dijual pada bukan Islam
- Saya cukup kecewa – Fazura
- Perlu kaji semula tuduhan terhadap Najib – Zahid
- Terbangkan 40 staf ke Korea, Aeril Zafrel belum mahu bersara
- Peguam Negara bercuti sementara tunggu bersara
- Malu wajah tular, pengantin enggan bayar perancang perkahwinan
- Guru terkejut pelajar ajak kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET