Letupan bom di Pattani, dua maut

Letupan bom di Pattani, dua maut

Sekurang-kurang dua orang maut, manakala empat yamg lain cedera dalam siri serangan bom di wilayah selatan Thailand.

Seorang pegawai kanan tempatan, berkata letupan melanda daerah Yarang di wilayah Pattani, malam tadi, ketika pasukan keselamatan mengawal kawasan itu.



Selama dua dekad, wilayah selatan Thailand dilanda konflik, di mana militan dipercayai melakukan serangan bagi mendapatkan autonomi yang lebih besar.

Gabenor Pattani, Pateemoh Sadeeyamu, berkata dua disahkan maut dan empat lagi cedera dalam letupan itu.

Media tempatan melaporkan, letupan pertama menyasarkan sebuah kereta polis dan diikuti beberapa lagi letupan yang terkena tiang elektrik di kawasan itu.

Gabenor berkata, siasatan ke atas serangan itu sedang dijalankan.



Rakaman di media sosial menunjukkan kawasan berhampiran lokasi letupan terbakar dan turut kedengaran bunyi beberapa tembakan.

Menurut Deep South Watch, sebuah badan pemikir tempatan, lebih 7,000 orang terbunuh dalam pemberontakan sejak 2004 dan 13,500 cedera.

Wilayah selatan berbeza budaya daripada Thailand yang majoriti penganut Buddha dan menguasai kawasan yang bersempadan dengan Malaysia lebih seabad lalu. – AFP

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker