Lelaki buat aksi ‘stunt’ lari atas gerabak kereta api

Lelaki buat aksi ‘stunt’ lari atas gerabak kereta api

Lelaki buat aksi ‘stunt’ lari atas gerabak kereta api
Seorang lelaki berlari di atas gerabak kereta api di bandar Brooklyn, New York kelmarin. – New York Post

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki mengundang kecaman ramai selepas berlari di atas gerabak kereta api di New York, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian dirakam sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di Stesen Hewes Street dekat bandar Brooklyn kelmarin.

Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan lelaki tidak dikenali itu berlari secara santai di atas gerabak kereta api yang sedang berhenti.

Perbuatan yang berisiko membawa maut itu mencetuskan kebimbangan kepada pihak berkuasa susulan beberapa insiden kematian dan kecederaan dalam kalangan remaja membabitkan kereta api.

Pada bulan lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera parah apabila dia terjatuh ke tengah landasan dari gerabak kereta api di daerah Queens. – AGENSI

Lelaki buat aksi ‘stunt’ lari atas gerabak kereta api

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker