PRN Johor: PN tidak yakin mahu bertanding 56 kerusi DUN

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan meletakkan calon mereka di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Naib Pengerusi PN Johor, Senator Md. Nasir Hashim berkata, perkara tersebut bagaimanapun belum diputuskan walaupun Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan bertanding di semua kerusi.

Katanya, maklumat terperinci mengenai perkara itu akan diumumkan pucuk pimpinan ketika membuat pengumuman nama calon secara berserentak.



“Perkara itu belum boleh didedahkan kerana tidak mahu mengganggu strategi parti. Saya sendiri tidak tahu calon yang akan bertanding, bahkan saya sendiri tidak tahu sama ada saya turut dicalonkan atau tidak,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon pula jatuh pada 26 Februari dan tarikh untuk pengundi awal ditetapkan pada 8 Mac.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri berkata, parti akan mengumumkan kesemua nama calon yang akan bertanding seawal minggu ini.

Tanpa mendedahkan jumlah kerusi ditandingi parti itu, Md. Nasir berkata, pengumuman itu nanti turut melibatkan nama-nama calon daripada parti gabungan iaitu Pas dan Gerakan yang berada di bawah PN.



Beliau berkata, perincian mengenai pembahagian kerusi serta kerusi yang akan ditandingi itu masih belum dapat didedahkan sehinggalah pengumuman yang dibuat oleh Muhyiddin.

“Hasil perbincangan yang dibuat bersama Pas dan Gerakan sebelum ini sudah mencapai kesepakatan dari segi pembahagian kerusi DUN yang akan ditandingi. Perbincangan tersebut berjalan lancar dan tidak timbul isu perebutan kerusi membabitkan Bersatu dengan parti gabungan berkenaan.

“Senarai nama calon itu juga sudah dilengkapkan dan dijangka akan diumumkan secara terperinci oleh Tan Sri Muhyiddin pada minggu ini atau minggu hadapan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Md. Nasir bertanding di Parlimen Mersing namun tewas kepada penyandang daripada UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang kemudiannya menyertai Bersatu.



Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN Johor diadakan.- UTUSAN ONLINE

PRN Johor: PN tidak yakin mahu bertanding 56 kerusi DUN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker