Pelajar IPT boleh masuk ke kampus bermula 1 Mac

Pelajar IPT boleh masuk ke kampus bermula 1 Mac

Kerajaan membenarkan kemasukan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini, dengan jumlah kemasukan pelajar 70 hingga 100% mengikut kapasiti IPT masing-masing.

Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 ke-12 semalam yang memperhalusi cadangan KPT berhubung kemasukan pelajar ke IPT, iaitu universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.

“Antara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KPT dan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah pelajar dan staf lengkap dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus, namun mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian RT-PCR dan berkeputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.

“Ujian pengesanan Covid-19 menggunakan kaedah RTK-Ag perlu dilakukan seminggu sekali bagi mereka yang tidak divaksinasi lengkap, mengikut Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, Hishammuddin berkata hanya mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke Malaysia serta wajib menjalani tempoh kuarantin tujuh hari atau lima hari, sekiranya telah mendapat dos penggalak.

Selain itu, katanya IPT perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran (PdP) ketat, manakala PdP secara hibrid dan/atau secara dalam talian juga dibenarkan.

Beliau berkata, semua aktiviti sukan dan riadah juga perlu mematuhi SOP dikeluarkan KKM dan pelajar yang pulang ke kampus wajib terus mematuhi SOP umum, seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Dalam setiap kelonggaran diberikan kerajaan, aspek keselamatan dan kesihatan rakyat, termasuklah pelajar IPT tetap menjadi keutamaan. Sehubungan itu, kerajaan menyeru semua pihak, termasuk pentadbiran IPT, staf dan pelajar mematuhi SOP ditetapkan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.”

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT di talian 03-8870 6777/ 6949 / 6623 / 6628, layari laman web IPT atau terus hubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing. FMT

Pelajar IPT boleh masuk ke kampus bermula 1 Mac


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker