Tembak mati isteri, ibu mentua sebelum bunuh diri

Tembak mati isteri, ibu mentua sebelum bunuh diri

Menggemparkan apabila ahli perniagaan muda di Mesir dilaporkan menembak mati isteri dan ibu mentua.

Selain itu, lelaki itu menembak mati kakaknya dan serta bekas suami kepada wanita berkenaan sebelum membunuh diri.



Gulfnews melaporkan, lelaki itu sebelum itu mengurung isteri dan ibu mentuanya di rumah kakaknya di kejiranan Zamalek di Kaherah, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 22 tahun itu kemudian dipercayai menggunakan senjata apinya bagi menembak mati isteri dan ibu mentuanya.

Dia kemudian menembak kakak dan bekas abang iparnya itu sebelum bertindak menembak dirinya sendiri.

Media tempatan menggelarkan kejadian itu digelar sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai Zamalek’.



Isteri suspek yang maut berumur 20 tahun manakala kakaknya pula berusia 42 tahun.

Bekas abang ipar pula berumur 53 tahun dan ibu mentua berusia 58 tahun.

Susulan kejadian, mayat semua mangsa yang terbabit dihantar ke rumah mayat Zeinhom.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan Insiden itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara.



Menerusi siasatan awal, pihak pendakwaan berkata, suspek menghidap penyakit mental dan dirawat di hospital psikiatri, tiga bulan lalu.

Pihak pendakwaan turut merampas senjata api digunakan dalam jenayah itu.

Selain itu, peluru dihantar ke makmal jenayah untuk analisis bagi melengkapkan siasatan.

Siasatan polis mendedahkan suspek menggunakan senjata tidak berlesen untuk jenayah berkenaan.



Selain itu, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarga.

Rakaman yang diambil daripada kamera pengawasan di lokasi menunjukkan lelaki itu tiba lebih awal dengan beg besar yang kemungkinan besar berisi senjata api dan peluru. HM

Tembak mati isteri, ibu mentua sebelum bunuh diri


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker