Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin dan Syida Melvin, ‘perang mulut’ antara kami benar bukan dibuat-buat

Kuala Lumpur: “Itulah realiti sebenar kami apabila menguruskan perniagaan membabitkan ahli keluarga, tapi kasih sayang di antara kami kekal hingga hujung nyawa,” kata pelakon Syifa Melvin mengenai rakaman kamera litar terutup (CCTV) menyaksikan ‘perang mulut’ yang berlaku membabitkan dia bersama adik-beradiknya, Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin dan Syida Melvin dalam satu mesyuarat.

Syifa berkata, video rakaman CCTV yang dikongsikan di Instagram itu bukan dibuat-buat, sebaliknya benar-benar berlaku sepanjang tiga tahun mereka mengusahakan perniagaan kosmetik.

Dalam video berdurasi satu minit itu menunjukkan mereka sedang mengadakan mesyuarat sebelum ia bertukar panas apabila mereka mula ‘berperang mulut’.



Kemuncaknya apabila Syatilla naik berang dengan menghempas helaian kertas di atas meja sebelum keluar meninggalkan pejabat.

Syifa ketika dihubungi berkata, sejak Syatilla hamil dan mengalami masalah pada kandungannya, dia banyak menghabiskan masa berehat di rumah.

“Perselisihan faham mula berlaku apabila dia tidak tahu perkembangan terkini sedangkan ini adalah sebahagian kerjanya untuk memantau dan ambil tahu hal syarikat.

“Jika diikutkan sepanjang tiga tahun kami menguruskan perniagaan kosmetik, pertelingkahan mulut sering berlaku. Memang begitulah cara kami bekerja adik-beradik.



“Video rakaman CCTV yang dikongsikan di media sosial itu juga bukan gimik. Memang kami sengaja ambil rakaman itu dan kongsikan di media sosial. Lagipun disebabkan pandemik ini kami kesuntukan masa untuk melakukan kandungan video yang kebiasaan kami kongsikan,” katanya.

Menurut Syifa, walaupun sering bergaduh, namun mereka tidak pernah mengambil hati atau bermusuh sebaliknya profesional menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Sebaik melangkah keluar dari pejabat, hubungan adik-beradik tetap utuh. Tiada istilah bermasam muka berminggu-minggu atau simpan dalam hati.

“Saya percaya setiap orang yang menjalankan perniagaan pasti melalui masalah sama apabila akan ada percanggahan pendapat tapi kami selalu mengamalkan konsep suara majoriti untuk mencapai kesepakatan,” katanya.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker