Khairul Aming diumum Creator Of The Year

Khairul Aming diumum Creator Of The Year

Pempengaruh media sosial dan pengusaha ‘Sambal Nyet’, Khairul Aming menepati ramalan apabila mengungguli kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dan akaun TikTok Malaysia dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, malam tadi.

Khairul atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 31, menewaskan lima pencabar lain iaitu Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo).

Khairul yang popular dengan kandungan masakan sepanjang Ramadan menyifatkan kejayaannya itu hasil sokongan keluarga, rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya.

“Terima kasih kepada emak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini, mesti beliau bangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya ketika menerima trofi.

Khairul yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga menasihati pencipta kandungan muda agar tidak mengabaikan pelajaran.

“Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya apabila tamat, boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.

“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.

Sementara itu, berbekal kandungan menghiburkan selain mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak di TikTok, Ryan Bakery meraih trofi Popular Creator Of The Year.

Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, menewaskan lima pencipta kandungan lain iaitu @drbengee, @alexhkf, @gigicheoh, @itsjovynn dan @sofyank96.

Ryan menyifatkan kejayaan meraih trofi pada anugerah sulung TikTok di Malaysia itu adalah hasil sokongan berterusan insan sekeliling.

“Ini adalah berkat doa emak, ayah dan isteri tercinta. Terima kasih pihak pengurusan, TikTok Malaysia, TV3 dan semua pihak yang sentiasa menyokong kandungan dihasilkan,” katanya.

TikTok Awards adalah acara anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa merangkumi pelbagai latar belakang dan bidang kepakaran.

Calon pelbagai kategori mempamerkan kreativiti melalui penghasilan kandungan yang menyeronokkan dan memberi impak positif kepada segenap lapisan masyarakat.

TikTok Awards Malaysia 2023 turut dimeriahkan dengan selebriti dan personaliti nama besar seperti Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri, Datuk Yusof Haslam, Amber Chia dan Farah Ann Abdul Hadi sebagai penyampai trofi.

Penonton juga disajikan dengan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zeppo, Dolla, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.

Malam kemuncak TikTok Awards MY 2023 dihoskan Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson. BH

Khairul Aming diumum Creator Of The Year

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker