Wetland Studios tarikan baharu Putrajaya
Wetland Studios tarikan baharu Putrajaya
WETLAND Studios Putrajaya dibuka secara rasmi pada Mei lalu.
GEMA bunyi burung yang dipancarkan menerusi sistem pembesar suara membawa pengunjung ke dalam dunia penuh magis di Wetland Studios Putrajaya.
Sebaik sahaja melepasi pintu masuk pameran, pengunjung akan ditawarkan peluang untuk bergambar bersama replika dinosaur serta pemandangan hutan yang diterangi lampu diod pemancar cahaya (LED).
Pengembaraan penuh informasi dan interaktif itu bermula dengan proses dan fungsi sel tanah lembab yang berada di kawasan tersebut.
Selepas itu, pengunjung dibawa ke ruangan Insectopia iaitu dunia serangga gergasi zaman prasejarah yang pernah wujud jutaan tahun dahulu.
Gabungan animatronik dan lampu memberikan unsur realisme kepada replika serangga seperti labah-labah dan pepatung.
Keadaan serangga gergasi melebihi saiz manusia itu mampu membuatkan pengunjung terasa seperti watak dalam filem Honey, I shrunk the kids!.
Di ruang Dinosaur Encounter pula, pengunjung akan diperkenalkan dengan tiga dinosaur tempatan iaitu iguanodontid, spinosaurid dan apatosaurus.
Dengan menggunakan teknologi motion sensor, dinosaur-dinosaur akan bergerak secara tiba-tiba setiap kali pengunjung mendekati haiwan itu.
Di ruang sama, terdapat replika stegodon iaitu ‘moyang’ kepada gajah dalam saiz sebenar.
Di sebalik megahnya stegodon, terdapat laluan kecil ke gua yang serba gelap dan hanya diterangi lukisan gua berlampu ‘ultraviolet’ (UV).
Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Wetland Studios Putrajaya, Shamsul Naim Muhamad Jefri berkata, pameran di Wetland Studios Putrajaya untuk pelbagai lapisan usia, sekali gus sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan bersama keluarga.
“Orang ramai tidak kira usia boleh mempelajari pelbagai fakta unik tentang fauna di Malaysia iaitu haiwan darat, udara dan akuatik.
“Kami menggunakan teknologi seperti realiti campuran (MR), realiti maya (VR) dan kandungan digital yang menampilkan pelbagai watak animasi.
“Usaha ini bertujuan menyebarkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar terhadap biodiversiti,” katanya kepada Horizon.
Di tingkat atas, pengunjung dibawa untuk mengenali dunia atas awan menerusi replika burung-burung yang sering melakukan migrasi tahunan di kawasan Wetland Putrajaya.
Antara tarikan yang ada adalah Sky Sanctuary, Flamingo Parade, SkyDreamsVR, Artopia, Aviary Archive, EduPlay Center dan Migration in Motion.
Secara keseluruhan, terdapat 15 tarikan termasuk di bahagian bawah tanah yang akan dibuka kepada pengunjung pada pembukaan fasa kedua tidak lama lagi.
Pada bahagian bawah tanah, pengunjung akan diperkenalkan dengan haiwan-haiwan prasejarah di dalam laut yang pernah hidup di muka bumi.
Tambah Shamsul Naim, pengunjung juga akan diperkenalkan dengan tujuh watak animasi Wetland Studios Putrajaya iaitu Zan Orangutan, KiKaKo Kids, Sam The Turtle, Rosy The Flamingo, Atok, Ben The Stegodon, Max The T-rex.
“Zan Orangutan akan muncul di pawagam pada tahun depan, manakala KiKaKo Kids pula sedang diperkenalkan dalam YouTube.
“Ini salah satu usaha mempromosi karya tempatan agar lebih dikenali di peringkat antarabangsa,” tuturnya.
Sebagai rekod, pusat pembelajaran sambil berhibur berkenaan merupakan hasil usahasama KRU Studios bersama WeGrow Global. K Online
Wetland Studios tarikan baharu Putrajaya
Baca Artikel Menarik:
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]