PRK DUN Pelangai 7 Okt
PRK DUN Pelangai 7 Okt
Hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Pelangai, Pahang, ditetapkan pada 7 Okt ini.
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Sept, manakala pengundian awal pada 3 Okt, kata Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.
“PRK (DUN) Pelangai melibatkan kos RM2.1 juta dan sejumlah 16,456 pemilih terlibat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Pelangai di Putrajaya pada Khamis.
Kerusi DUN Pelangai diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lepas.
Johari yang merupakan exco kerajaan tempatan, perumahan, alam sekitar dan teknologi hijau dipilih sebagai Adun Pelangai dengan majoriti 4,048 undi pada PRU15 tahun lepas.
Beliau mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat; Ahmed Wafiuddin Shamsuri (PH); dan Isa Ahmad (Pejuang).
Isnin lepas, Setiausaha SPR Indera Ikmalrudin Ishak memaklumkan pihaknya telah menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Pahang Mohd Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai. FMT
PRK DUN Pelangai 7 Okt
Baca Artikel Menarik:
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.