Jalaluddin dilantik exco kanan di Negeri Sembilan

Adun Pertang itu antara empat muka baharu dalam exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah hari ini.

Jalaluddin dilantik exco kanan di Negeri Sembilan

Adun Pertang itu antara empat muka baharu dalam exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah hari ini.

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias dilantik menjadi exco kanan dalam kerajaan negeri dianggotai 10 ahli yang mengangkat sumpah hari ini.



Adun Pertang itu antara empat muka baharu dalam exco kerajaan negeri.

Sepuluh exco mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.

Pada majlis hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan senarai EXCO yang telah mendapat perkenan Tuanku Muhriz, terdiri daripada enam muka baharu dan empat ADUN dilantik kembali ke jawatan itu.

EXCO baharu itu adalah Datuk Seri Jalaluddin Alias (Exco Kanan), Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Datuk Ismail Lasim, Mustapha Nagoor, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.



Sementara EXCO yang dilantik semula ialah Teo Kok Seong, Nicole Tan, J Arul Kumar dan S Veerapan.

PRN Negeri Sembilan pada 12 Ogos lalu menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.

Jalaluddin dilantik exco kanan di Negeri Sembilan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah



10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker