Anwar beri sumbangan peribadi kepada waris mangsa nahas pesawat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada waris mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam dekat sini Khamis lalu.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, Anwar berkata, sumbangan tersebut disampaikan melalui setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

“Saudara Farhan telah bertemu dengan waris keluarga kepada Allahyarham Muhammad Taufiq  Mohd Zaki (pegawai khas kepada Dato’ Seri Johari Harun), Allahyarham Dato’ Seri Johari Harun (Exco Kerajaan Negeri Pahang) dan Allahyarham Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi (juruterbang).

“Hari ini saudara Farhan telah ketemu waris keluarga Allahyarham Shahrul Kamal Roslan (juruterbang), Allahyarham Sharipudin Shaari (pemandu e-hailing) dan Allahyarham Haikal Aras Abdul Azim (Juruterbang) menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak saya,”tulisnya.

Anwar berkata, pihaknya berharap waris keluarga mangsa yang terlibat tabah tatkala diuji ujian yang getir dan berat ini.

“Semoga kita semua dapat mendoakan roh mereka diberikan tempat yang terbaik di sisi Yang Maha Esa serta keluarga dikurniakan kekuatan saat ini,” ujarnya.

Dalam insiden Khamis lalu itu, 10 individu disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker