Serangan seksual terhadap anak, bapa dipenjara 13 tahun
PUTRAJAYA: Seorang pekerja rencam terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana melakukan serangan seksual fizikal terhadap anak perempuan berumur 13 tahun, lima tahun lalu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hadhariah Syed Ismail, Ahmad Zaidi Ibrahim dan S M Komathy Suppiah turut mengarahkan lelaki itu dihukum enam sebatan.
Tertuduh, yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya diputuskan, diperintah memulakan hukuman penjara hari ini.
Dalam keputusan dicapai secara sebulat suara, Hadhariah berkata sabitan kesalahan terhadap lelaki itu adalah selamat untuk dikekalkan.
Justeru, beliau berkata panel itu menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan serta hukuman dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Lelaki berusia 42 tahun itu pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 20 April 2021 daripada pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anaknya di rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Kampar, Perak pada Julai 2018 dan ini menyebabkan pendakwaan merayu kepada Mahkamah Tinggi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pada 30 Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan lelaki itu.
Mahkamah Tinggi kemudian mensabitkan lelaki tersebut dengan kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan selain hukuman tambahan penjara tiga tahun dan empat sebatan sebagaimana diperuntuk bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana tertuduh memiliki hubungan bersifat amanah dengan mangsa memandangkan dia adalah bapa kandungnya.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas hukuman penjara.
Peguam A Srimurugan mewakili tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya Solehah Noratikah Ismail dan P Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]